fbpx

16 terbunuh dalam bencana tanah runtuh di Jawa Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR BNPB menunjukkan pekerja penyelamat dan penduduk kampung memindahkan mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Kasimpar, Pekalongan dalam wilayah Jawa Tengah hari ini. – AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan tiga lagi hilang dalam bencana tanah runtuh akibat hujan lebat di Pulau Jawa, kata beberapa pegawai hari ini.

Hujan lebat yang melanda kawasan pergunungan dekat kota Pekalongan, wilayah Jawa Tengah itu mencetuskan tanah runtuh tengah hari semalam dengan sekurang-kurangnya sebuah jambatan runtuh, manakala beberapa kediaman dan kereta tertimbus.

“Seramai 16 orang ditemui mati selepas tertimbus oleh tanah runtuh di daerah Pekalongan, Jawa Tengah.

“Tanah runtuh menimbus dua buah rumah dan sebilangan kenderaan yang melalui lokasi kejadian,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Abdul Muhari berkata, tiga orang hilang, manakala Ketua Polis Pekalongan,  Doni Prakoso Widamanto menyebut angka lebih tinggi iaitu lima hilang kepada saluran televisyen tempatan, Metro TV.

“Menyentuh mangsa-mangsa yang cedera, seramai 10 orang telah dibawa ke hospital dan pusat kesihatan komuniti terdekat,” kata Doni.

Kawasan bencana itu terletak sekitar 90 kilometer ke barat bandar Semarang.

Setakat ini, pekerja-pekerja penyelamat berusaha untuk menemui sekurang-kurangnya lima mangsa yang masih hilang. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI