fbpx

[VIDEO] ‘Perasaan tertinggal kat rumah ke bang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki terkedu apabila pekerja sebuah restoran makanan Arab membuat kejutan kek hari jadi diiringi nyanyian.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkedu apabila pekerja sebuah restoran makanan Arab membuat kejutan kek hari jadi diiringi nyanyian hari lahir.

Video yang dimuat naik di TikTok Ruzita Deraman memaparkan empat pekerja restoran menyanyikan lagu hari jadi dengan penuh bersemangat sambil membawa kek ke meja lelaki tersebut.

Reaksi lelaki itu yang seperti malu-malu dan terkejut seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen lucu termasuk ada yang berkongsi pengalaman masing-masing.

“Perasaan tertinggal kat rumah ke bang?” kata Siti Zaimah.

“Suami saya ‘introvert’. Kalau saya buat macam ini, mesti dia demam seminggu,” ujar Tenten.

“Satu tips kalau anda berada dalam situasi ini, gelak saja. Walaupun rasa nak menangis, gelak saja. Keluar air mata sekali pun tak apa, teruskan gelak,” kata Nemuchi. – KOSMO! ONLINE

@ruzitaderaman♬ bunyi asal – ruzita deraman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI