PETALING JAYA – Tindakan seorang jurugambar didakwa menyebabkan pengantin lelaki yang lengkap berpakaian songket dan aksesori jatuh ke dalam sungai mengecewakan pemilik perkhidmatan sewa pakaian pengantin.
Menerusi perkongsian Shaffat.As di TikTok memaparkan pasangan pengantin tersebut menjalani sesi penggambaran pada majlis perkahwinan mereka.
Namun, jurugambar tersebut secara tiba-tiba menolak pengantin lelaki ke dalam sungai dengan niat bergurau dan kejadian disedari pemilik baju pengantin.
“Kenapa abang jurugambar buat macam itu? Itu baju saya. Rosaklah tanjak basah. Tanjak tak boleh kena air. Aksesori semua itu,” tegur pemilik Tepak Sireh Bridal.
Menurut pemiliknya, pakaian songket tersebut ditempah oleh pengantin lain untuk digunakan pada majlis yang berlangsung minggu hadapan.
“Pengantin sudah tidak ada semangat untuk memakai baju itu. Saya terpaksa berbincang dengan tukang jahit. Alhamdulillah, tukang jahit sudi siapkan dalam masa seminggu.
“Minta doakan ya semua. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan pengantin,” katanya.
Rata-rata netizen menyatakan rasa simpati dengan insiden yang berlaku.
“Kesian pengantin perlu pilih baju baru yang sama dengan tema, perlu ‘fitting’ lagi. Yang pihak ‘bridal’ pula perlu ubah suai baju, cuci dan gosok. Dah lah majlis minggu depan je,” komen Rararzn.
“Susah juga nak memutuskan pilihan baju. Bila pengantin sudah memilih, dia sudah membayangkan dirinya memakai baju itu dan menyelaraskan dengan tema dekorasi dan keluarga. Semoga tenang dan dipermudahkan segala urusan untuk pengantin dan pihak bridal,” tambah Merpatyputih. -KOSMO! ONLINE
@shaffat.as01 SAPE PERLUKAN CAMERAMAN PENGANTIN ,SAYA BOLEH BUAT.SLOT KOSONG #fyp #fypシ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)