PETALING JAYA – Seorang lelaki berjaya menyentuh hati netizen apabila membawa kedua-dua ibu bapanya membeli baju baharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Menerusi hantaran TikTok oleh @Andytehkh, lelaki tersebut merakamkan momen indah ketika bapanya sedang mencuba sehelai baju-T berkolar berwarna merah di dalam sebuah bilik persalinan.
Ketika itu, mata bapanya kelihatan sedikit merah, seakan menahan air mata mungkin kerana terharu dengan kebaikan anaknya.
Ibu Andy pula dilihat tersenyum lebar ke arah kamera sambil mengenakan sehelai baju-T berwarna kuning menunjukkan kebahagiaan bersama keluarga.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata tumpang gembira melihat senyuman kedua ibu bapa Andy.
“Pak cik macam nak nangis. Mesti dia bangga sangat dapat anak macam awak,” ujar @Mooonchild79.
“Ayah awak terharu tu, dia cover (tahan) sebak dia,” kata @LizaMusa88.
“Tengok muka ayah awak tu macam sebak, rasa nak menangis. Mesti dia happy (gembira) tapi tak terluah dengan kata-kata,” komen @Zaiza. – KOSMO! ONLINE
@andytehkh Senyuman mak ayah adalah segalanya #andytehkh ♬ Kenangan yang tersimpan – Asyari irfan