fbpx

Belasah eksekutif perumahan, tidak puas hati isu baik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan kerja-kerja baik pulih kediaman dibeli, seorang lelaki membelasah pekerja syarikat perumahan hingga patah jari hantu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin berkata, kejadian pukul 3.30 petang, Jumaat lalu melibatkan pemilik rumah berusia 38 tahun dan pekerja syarikat perumahan berusia 49 tahun di Median Taman Kluang Barat di sini.

Katanya, kejadian berlaku ketika pekerja itu datang ke rumah suspek untuk menjelaskan mengenai kerja pembaikan rumah.

“Bagaimanapun, suspek yang tidak berpuas hati memarahi pekerja tersebut sebelum menendang belakang dan merampas beg yang dibawa.

“Suspek juga memukul kepala mangsa beberapa kali menggunakan beg berisi telefon dan menumbuk dada lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, akibat perbuatan tersebut pekerja syarikat perumahan tersebut luka di kepala serta patah jari hantu.

Bertindak atas maklumat, polis memberkas suspek pukul 11.30 pagi hari ini dan permohonan reman akan dilakukan esok untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI