fbpx

Suhada ditemui merayau di Tasek Y

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SUHADA ditemui selamat merayau seorang diri di Tasek Y, Batu Pahat, awal pagi hari ini.

BATU PAHAT – Seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Tropika 1 di sini sejak Khamis lalu ditemui merayau seorang diri di Tasek Y awal pagi tadi.

Nurul Suhada Jalal, 19, yang ditemui orang awam kira-kira pukul 3 pagi itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, gadis itu dalam keadaan baik ketika dihantar orang awam dan diambil keterangan sebelum keluarga menjemputnya pulang.

“Terima kasih atas keperihatinan orang ramai sehingga membawa kepada penemuan semula anak ketiga daripada empat beradik ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, ibunya, Muzlinah Mohammed, 43, bersyukur dengan penemuan semula anak gadisnya yang hilang sejak hari Khamis lalu selepas keluar pada pukul 10 malam.

Wanita itu turut berterima kasih kepada Kosmo! yang membantu menyiarkan kisah kehilangan Nurul Suhada sehingga mendapat perhatian orang ramai untuk membantu.

“Buat masa sekarang, Suhada ditempatkan di rumah adik sehingga keadaannya pulih. Syukur dia ditemui sama seperti ketika keluar rumah iaitu berpakaian serba hitam dan tidak cedera,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI