fbpx

Selebriti dihalau buat ‘content’ depan rumah mangsa kebakaran Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uya dan Astrid merakam video di hadapan rumah yang musnah dalam kebakaran. - Istimewa

JAKARTA – Pasangan selebriti Indonesia, Uya Kuya dan Astrid Kuya dimarahi dan diusir seorang penduduk Los Angeles, California kerana menghasilkan kandungan media sosial di hadapan rumahnya yang musnah dalam kebakaran besar baru-baru ini, lapor laman berita Okezone.

Pasangan suami isteri yang kini menyertai bidang politik itu dilaporkan berkunjung ke Amerika Syarikat, manakala kandungan video itu adalah untuk tujuan peribadi bagi berkongsikan keadaan terkini di kawasan yang sebelumnya dilanda kebakaran.

Dalam video itu, Uya dan Astrid sedang menemu bual beberapa rakyat Indonesia yang menetap di Los Angeles.

Bagaimanapun, mereka membuat rakaman itu berlatarbelakangkan sebuah rumah penduduk lain yang telah musnah dijilat api.

Pemilik rumah tersebut berang dengan tindakan itu kerana dianggap tidak berperikemanusiaan serta tidak mempunyai empati terhadap mangsa kebakaran.

“Saya tidak suka orang datang ke sini dan merakam video seolah-olah mereka individu berpengaruh.

“Mereka sangat kejam dan seperti tidak memahami bahawa kami kehilangan rumah.

“Sangat menyedihkan apabila golongan ini mengambil kesempatan atas keperitan kami dan mereka tidak merasainya,” kata pemilik rumah berkenaan.

Dalam video sama, pemilik rumah itu mengusir Astrid dan Uya selain warga Indonesia lain yang ditemu bual.

Mereka kemudian patuh kepada desakan tersebut dan berlalu pergi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI