fbpx

Selangor cari jalan selesai harga belian padi rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bersama penerima watikah pada Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor di IDCC. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan negeri sedang mencari jalan penyelesaian harga belian padi rendah yang dihadapi lebih 4,000 pesawah Sungai Besar, Sabak Bernam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah membangkitkan isu itu pada mesyuarat Exco baru-baru ini.

“Saya sudah mengemukakan isu ini dalam mesyuarat Exco lepas. Datuk Izham Hashim sedang meneliti dan mencari jalan penyelesaian isu ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor di Pusat Konvensyen Ideal di sini hari ini

Amirudin berkata, beliau mahu isu pembelian ini diselesaikan secara komprehensif bagi mengelakkan mana-mana pihak mengalami kerugian.

“Isu ini membabitkan penawaran dan pembelian padi (pesawah dan pemborong padi). Mungkin ada isu kualiti, hasil padi (yang menyebabkan isu berlaku). Kerajaan negeri akan membantu (pihak) yang terkesan dalam hal ini,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebahagian besar pesawah di Sabak Bernam resah apabila harga belian padi jatuh dari RM1,650 kepada RM1,400 per tan metrik pada kali ini.

Mereka mendakwa, kualiti padi yang dikeluarkan kali ini kurang risiko penyakit serta terdapat peningkatan dari kuantiti jumlah padi yang dituai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI