fbpx

Projek apartmen Morib diuruskan syarikat penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah jenis apartment di Morib yang terbengkalai sebelum ini.

SHAH ALAM – Isu projek sakit perumahan dua blok apartmen di Morib, Kuala Langat dekat sini akan diuruskan syarikat penyelamat.

Exco Perumahan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, langkah itu selepas pemaju dan kontraktor sebelum ini mengakui tidak boleh meneruskannya susulan mengalami kerugian yang besar.

Katanya, ini selepas perbincangan dilakukan beliau bersama pemegang taruh projek tersebut seperti pemaju, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor serta pembeli.

“Mereka (pemaju terdahulu) ‘surrender’ berkaitan dua blok apartment itu. Mereka kata sudah rugi banyak dan kita sudah ada satu syarikat penyelamat yang terus bincang dengan terus dengan pemaju sebelum ini.

“Saya takut KPKT kata projek ini terbengkalai. Ini akan ambi masa lagi iaitu bawa ke mahkamah dan dapatkan lagi keputusan (kebenaran untuk memajukan projek itu). Jadi saya bimbang akan memburukkkan lagi situasi,” katanya pada sidang akhbar pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah di sini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan status pemaju dan kontraktor projek perumahan Rumah Selangorku di Morib yang terbengkalai lebih dua tahun dijangka diketahui Khamis lalu.

Terdahulu, kira-kira 500 pembeli projek perumahan di Morib di sini yang kebanyakan golongan B40 masih ‘kempunan’ untuk memiliki rumah sendiri apabila projek itu gagal disiapkan sehingga kini.

Jelas Borhan, bagi projek rumah ‘landed’ di lokasi tersebut akan diteruskan pemaju sebelum ini.

“(Kemajuan) bagi kategori rumah itu hanya tinggal 10 hingga 20 peratus sahaja antaranya infrastruktur.

“Pemaju pun cakap sudah ada dana bagi kemajuan projek. Nampak ada cahaya. Saya kata bagi surat bila nak mula dan mereka cakap akan berikan komitmen untuk bagi tarikh itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI