fbpx

Polis rampas dadah lebih RM112 juta dalam gudang            

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS memeriksa kristal methamphetamine dalam gulungan kapas di sebuah gudang di Bangkok hari ini. – AFP

BANGKOK – Pihak berkuasa Thai memintas lebih 1.6 tan kristal methamphetamine dalam rampasan terbesar dadah berkenaan, kata beberapa pegawai kanan narkotik hari ini.

Dadah itu dihantar dari Afrika melalui India untuk diseludup ke Eropah, Amerika Syarikat atau Australia. Ia ditemui di dalam sebuah gudang di Bangkok hasil maklumat kepada pihak berkuasa.

Polis turut memberkas empat lelaki di lokasi kejadian.

Di gudang tersebut, polis menemui kristal methamphetamine seberat 1.65 tan disembunyikan dalam gulungan kapas, demikian menurut Ketua Setiausaha Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Phanurat Lukboon.

“Ini kali pertama kami merampas methamphetamine dalam jumlah yang begitu besar,” katanya.

Pegawai-pegawai narkotik enggan menyatakan nilai rampasan tetapi rampasan satu tan kristal methamphetamine pada Mei tahun lalu dianggarkan bernilai AS$25 juta (RM112.3 juta).

Thailand menjadi laluan transit utama untuk dadah yang dihasilkan di rantau ‘Segi Tiga Emas’ di mana sempadan Thailand, Laos dan Myanmar bertemu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI