BANGKOK – Seorang pelancong tular selepas dirakam berdiri dalam keadaan separuh telanjang semasa menaiki bas di Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku di kawasan Patong, Phuket pada 16 Januari lalu.
Imej yang dimuat naik di platform media sosial menunjukkan ‘mat saleh’ itu melepaskan bajunya di belakang bas.
Dia kemudian menarik celana pendeknya ke bawah dan menayang alat sulitnya di khalayak ramai.
Rata-rata netizen mengecam lelaki itu kerana melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam.
“Pelancong di Phuket memang mengerikan,” kata seorang netizen.
“Tak malu ke buat perangai di negara orang?” kata netizen lain. – AGENSI