fbpx

Mohamed Khaled terima kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled mengiringi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin ketika memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU), pada Majlis Lawatan Kerja Kementerian Pertahanan Republik Indonesia ke Kementerian Pertahanan Malaysia, di Wisma Pertahanan, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin dan delegasi di Wisma Pertahanan, hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, kunjungan hormat itu merupakan bukti komitmen yang tidak berbelah bahagi antara kedua-dua negara bagi memupuk kerjasama kukuh demi keamanan dan kestabilan serantau.

Selain itu katanya, pertemuan tersebut bukti hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia menerusi hubungan diplomatik serta kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

“Dalam pertemuan itu kedua-dua menteri bertukar pandangan dan perspektif pertahanan serta keselamatan serantau.

“Selain itu, turut dibincangkan mengenai peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 dan Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Indonesia Ke-44 (GBC MALINDO Ke-44) yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada tahun ini bagi menangani cabaran keselamatan serantau secara kolektif,” katanya.

Dalam majlis tersebut, sesi dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) 1 RRD , berkekuatan tiga pegawai dan 109 anggota yang diketuai Mejar Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Sementara itu, Mohamed Khalid turut menjemput Indonesia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

” Ini sekali gus mengulangi dedikasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan pertahanan melalui pelaksanaan inisiatif di peringkat dua hala dan pelbagai hala.

Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Sjafrie Sjamsoeddin atas pelantikannya sebagai Menteri Pertahanan Indonesia dan menyatakan keyakinan terhadap kemakmuran berterusan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI