fbpx

Mas kahwin RM13,000 tertinggal dalam tandas lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prapassorn menunjukkan tandas yang dimasukinya kepada polis. - Daily News

BANGKOK – Seorang bakal pengantin kehilangan wang tunai sebanyak 100,000 baht (RM13,000) selepas beg berisi mas kahwin itu dan beberapa utas rantai emas ditinggalkan di dalam tandas sebuah tokong, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa, Prapassorn memberitahu polis bahawa dia melawat tokong tersebut semalam sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan).

Dia meletakkan beg berisi wang itu di atas lantai ketika menggunakan tandas sebelum terlupa untuk mengambil beg tersebut.

Kira-kira 20 minit kemudian, Prapassorn mula menyedari mengenai beg berisi wang itu dan bergegas kembali ke tandas yang sama.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila beberapa utas rantai emas serta wang tunai berjumlah 100,000 baht hilang meskipun beg itu kekal berada di situ.

Prapassorn berkata, majlis perkahwinannya dijadualkan berlangsung hari ini dan wang tunai itu baru sahaja dikeluarkan untuk dijadikan mas kahwin.

Tiada laporan mengenai sama ada majlis tersebut tetap dilangsungkan, manakala polis memeriksa rakaman televisyen litar tertutup bagi mengesan suspek. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI