fbpx

Malaysia hantar pasukan sertai Asia Koshien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain bergambar BFM bersama wakil NB BORDER selepas memeterai perjanjian antara kedua-dua pihak.

PUTRAJAYA – Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) sentiasa menyediakan platform terbaik bagi melahirkan lebih ramai pemain untuk beraksi bersama kelab di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, BFM memeterai perjanjian persefahaman (MOU) bersama NB Association Academy (NB BORDER) bagi menyertai kejohanan Asia Koshien musim ini.

Majlis MOU itu disempurnakan oleh Pengerusi BFM, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, manakala NB Border diwakili ketua pegawai eksekutifnya, Shogo Shibata.

Setiausaha Agung BFM, Rohaida Hassan berkata, MOU selama 5 tahun itu akan menyaksikan pasukan remaja beraksi di Kejohanan Asia Koshien berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Disember depan.

Inisiatif berkenaan merupakan pentas terbaik buat pemain-pemain muda berusia 8 hingga 18 tahun mempamerkan bakat mereka.

Sebagai rekod, Asia Koshien merupakan satu kejohanan besar yang mampu menarik pencari bakat dari seluruh dunia).

Kini, bakat muda negara berpeluang dinilai dan impian untuk menyaksikan pemain besbol profesional pertama negara bakal terlaksana sedikit masa lagi.

MoU tersebut juga memastikan besbol Malaysia mendapat bantuan kepakaran teknikal dari pasukan profesional Jepun yang akan diuruskan oleh agensi NB BORDER.

Ini akan mengukuhkan lagi struktur organisasi BFM dan membuka peluang seluas-luasnya buat semua pemain besbol tanah air di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI