fbpx

Lelaki boleh swafoto tetapi kena bayar RM5 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa lelaki yang sanggup bayar untuk bergambar dengannya. - Instagram

NEW DELHI – Seorang pelancong Russia mengundang perhatian orang ramai selepas mengenakan bayaran 100 rupee (RM5) kepada lelaki yang mahu bergambar dengannya semasa dia bercuti di India, lapor portal berita Hindustan Times semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @@angelinali777 memaparkan wanita itu mengangkat sekeping kertas bertulis ‘1 swafoto 100 rupee’ di tepi pantai. 

‘Perkhidmatan’ itu mendapat sambutan hangat apabila ramai lelaki datang kepadanya dan membuat bayaran untuk bergambar. 

Wanita itu berkata, dia berbuat demikian kerana rimas kerap kali diminta untuk bergambar. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Ini baru bisnes yang betul!” kata seorang netizen. 

“‘Pakcik’ di India memang memalukan dan gatal,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI