fbpx

‘Syukur sepanjang Kenik hilang, Allah turunkan hujan setiap hari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. Kenik ditemui dalam keadaan lemah dan berkaki ayam oleh penduduk kampung.

RAUB – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang hilang di ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega di sini Rabu lalu hanya bergantung dengan sumber air hujan sepanjang lima hari kehilangannya.

Zulkifli Ramli, 44, yang mesra dipanggil Kenik dijumpai penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan luka kecil pada badan selain berkaki ayam pada pukul 3.30 petang semalam kira-kira 2.2 kilometer dari rumah.

Ibunya, Kamariah Husin, 72, berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana anak ketiga daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Kenik beritahu dia hanya minum air hujan. Saya bersyukur sepanjang kehilangan Kenik Allah turunkan hujan setiap hari. Mungkin dengan cara itu Kenik mampu bertahan sehingga dia ditemui,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ditanya sama ada wujud unsur mistik, bapanya, Ramli Mat, 80 berkata, perkara itu di luar kemampuannya namun pelbagai usaha dilakukan termasuk kerjasama dengan pasukan keselamatan.

“Saya tidak menyangka Kenik akan sesat dan pergi sejauh itu sebab sebelum ini dia hanya membawa lembu meragut rumput berhampiran rumah.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, malah ada orang luar yang sanggup turun ke sini semata-mata mahu bantu mencari Kenik,” katanya.

Sebelum ini, mangsa yang juga OKU lembam dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat membawa lembu ke padang ragut di kawasan ladang sawit berhampiran pukul 10 pagi, Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI