fbpx

‘Kalau anda pendek, saya faham perasaan itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUHA tidak ambil hati ketinggiannya menjadi bahan guruan netizen dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi Nuha Bahrin tidak berkecil hati apabila netizen menjadikan ketinggiannya sebagai bahan gurauan dalam media sosial sehingga menggelarnya ‘Presiden Keychain’ iaitu wanita bertubuh genit.

Kata pemilik nama penuh Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, gurauan tersebut membuatkannya gembira dan terharu kerana merasakan individu bertubuh kecil juga mempunyai tempat dalam masyarakat.

“Saya okey sahaja apa yang orang nak cakap tentang ketinggian.

“Sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan ‘they belong to somewhere’.

“Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun,” katanya kepada Kosmo! Online pada XO House Party di sini, baru-baru ini.

Pelantun lagu Casablanca itu turut menegaskan tidak pernah menganggap gurauan mengenai ketinggiannya sebelum ini sebagai satu bentuk penghinaan.

Dia malah menerima segala kekurangan diri dan bersyukur dengan apa sahaja yang sudah diberikan Tuhan.

“Saya tak pernah anggap benda itu sebagai satu penghinaan atau komen netizen sebagai kecaman.

“Walaupun ada orang gelar pendek dan ketot, itu perkara betul pun. Jadi, kenapa saya nak terasa dengan benda yang betul, saya okey sahaja,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nuha sering mencuri perhatian ramai selepas menghasilkan pelbagai konten dalam media sosial.

Antara video yang dimuat naik seperti bergurau tentang ketinggiannya dan perkara itu membuatkan ramai menggelarkan wanita bersaiz ‘keychain’ (kecil). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI