fbpx

Institut Madina hormati kekuatan Malaysia sebagai negara Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika menyampaikan ucaptama di majlis konvokesyen Institut Madina di Cape Town, Afrika Selatan hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan pembukaan hab pengajian Islam oleh Institut Madina di negeri ini kelak sebagai penghormatan terhadap kekuatan Malaysia selaku sebuah negara Islam.

Beliau berkata, pembukaan hab tersebut oleh Institut Madina di Perak sekali gus berpotensi mengubah landskap pendidikan di negeri ini.

“Saya juga melihat hasrat Institut Madina untuk membuka hab pengajian Islam di negeri Perak sebagai satu penghormatan akan kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati.

“Hab tersebut kelak dijangka akan mengubah landskap pendidikan di negeri Perak serta mampu menjadi platform yang menghubungkan negara-negara Islam di seluruh dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Saarani berkata, beliau telah dijemput sebagai Tetamu Kehormat ke Majlis Konvokesyen Institut Madina di Cape Town, Afrika Selatan dan turut menyampaikan ucaptama di atas kapasiti sebagai seorang pemimpin dari sebuah negara Islam yang dihormati iaitu Malaysia.

Beliau menegaskan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian bahawa tanggungjawab besar sebagai seorang graduan Muslim, bukan sahaja penggunaan ilmu yang dipelajari malah sentiasa memikirkan peranan dalam pembangunan dan penyatuan ummah di seluruh dunia.

“Datuk Bandar Cape Town, Geordin Hill-Lewis yang turut hadir ke majlis ini secara rasmi mengumumkan serta mengiktiraf Institut Madina sebagai sebuah organisasi pendidikan tinggi yang berprestij dan memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan berkualiti di Cape Town.

“Saya juga telah menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Datuk Bandar Cape Town berjumlah R100,000 (RM23,947) kepada Institut Madina sebagai simbol sokongan kepada jasa dan peranan institusi tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI