fbpx

Ibu terkejut kemerahan disangka alergi pada bayi kesan kena panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang ibu tidak menyangka kemerahan pada muka anaknya berusia 10 bulan yang pada mulanya dianggap alergi kulit seperti dimaklumkan pengasuh adalah kesan akibat terkena sesuatu yang panas.

Ketua polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bayi berkenaan pada 14 Januari lalu.

Menurutnya, dalam kejadian pada 13 Januari lalu, ibu mangsa berusia 26 tahun yang menghantar anaknya kira-kira pukul 7 pagi dihubungi pengasuh pada pukul 1.52 tengah hari memaklumkan keadaan muka anaknya mengalami kemerahan dan mengelupas dipercayai akibat alergi kulit.

“Ibu mangsa telah pergi ke rumah pengasuh dan mengambil anaknya untuk dirujuk ke klinik kesihatan dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Setelah pemeriksaan lanjut, doktor pakar kulit mengesahkan keadaan kemerahan di muka anaknya berpunca daripada kesan panas yang berkemungkinan terkena muka anaknya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Zahari kes, disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati lokasi kejadian adalah di dalam rumah pengasuh dan tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta tiada saksi bebas yang melihat kejadian.

“Soal siasat awal ke atas pengasuh anaknya mengesahkan ada memandikan air suam ke atas anak pengadu awal pagi sebelum tindak balas kemerahan di muka berlaku sejurus selepas itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI