fbpx

Pekerja stor dijel enam bulan simpan LPG tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEIN Kyi Moe (kanan, tinggi) dan Tun Tun Kyaing (kiri, rendah) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan barang kawalan berjadual 1122.24 kg LPG tanpa lesen, tahun lalu.

SEREMBAN – Dua pekerja stor warga Myanmar dihukum penjara enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan 1122.24 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) yang merupakan barang kawalan berjadual tanpa lesen.

Hakim Muhamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Sein Kyi Moe, 30, dan Tun Tun Kyaing, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mereka berdua bersama dua lagi yang masih bebas telah ada dalam jagaan barang kawalan berjadual dalam keadaan menimbulkan syak.

Ia merupakan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara borong LPG tanpa suatu lesen yang sah.

Kesalahan dilakukan pada pukul 11.45 malam di premis tanpa papan nama, No.136, Jalan S2 C4, Green Technology Park, Seremban 2 di sini, 4 September 2024.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI