fbpx

BMI 28 untuk bomba naik pangkat akan dibincang tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarat kenaikan pangkat bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan ketetapan indeks jisim badan (BMI) daripada 30 kepada 28 akan dibincangkan pada tahun hadapan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Ketua Pengarah JBPM bagi memastikan BMI anggota JBPM selaras dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Anggota bomba tidak boleh BMI melebihi 30. Jika tidak, memang menjadi dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mereka tidak dibenarkan naik pangkat.

“Sebab itu saya nasihatkan anggota bomba supaya pastikan badan sihat dan minda cergas. Saya puas hati setakat ini, tetapi masih ada ruang boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2025 – Ops Siaga Raya yang diadakan di Suria KLCC, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, BMI yang ideal juga akan menjadi antara syarat bagi pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan pingat perkhidmatan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut bertujuan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota agensi itu memiliki berat badan ideal untuk memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.

Katanya, semua pegawai dan anggota bomba yang obes dalam perhatian JBPM melalui program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan Mei lalu di 26 lokasi telah menunjukkan kesan positif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI