fbpx

Anak, menantu, cucu sudah pulang, terima kasih semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima sekeluarga yang gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

JERANTUT – Lima beranak yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selamat pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Pesara guru, Amir Hamzah Nordin, 65, berkata, anak perempuannya, Anis Huda, 37, bersama suami dan tiga anak mereka pulang ke rumah pada pukul 11 malam semalam.

“Alhamdulillah anak dan menantu serta anak-anak mereka sudah balik. Terima kasih kepada semua rakan dan saudara mara,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sebelum ini Amir Hamzah memaklumkan, dia yang tinggal di Jerantut berasa ada sesuatu yang tidak kena selepas gagal menghubungi cucunya yang juga anak Anis Huda pada Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan, warga emas itu memberitahu, anak bongsunya yang tinggal di Shah Alam mendapati kakaknya serta suami dan anak-anak tiada di rumah.

Susulan itu anak bongsunya membuat laporan polis di Klang, manakala satu lagi laporan dibuat di Cyberjaya atas nasihat pihak berkuasa.

Kelmarin Kosmo! melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lima beranak berkenaan selepas kali terakhir mereka dilihat pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri serta tiga anak berusia lima, lapan dan 10 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI