fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa amaran tersebut melibatkan hujan lebat berterusan di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan membabitkan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song).

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI