fbpx

Alam kubur 3D tarikan baharu Muzium Sultan Alam Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borhan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Rozzana Rahmat ketika melawat pameran di Muzium Sultan Alam Shah. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Pameran Alam Kubur dalam bentuk tiga dimensi (3D) menjadi tarikan terbaharu sempena pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah, Seksyen 14 di sini pada 8 Februari ini..

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, muzium yang melalui proses naik taraf dengan kos RM5.23 juta itu bakal dilengkapi dengan kemudahan mesra pengunjung.

Katanya, ini termasuk penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), art interactive, graphic mapping dan sistem respon pantas (QR) supaya pengunjung dapat mengakses maklumat dengan mudah.

“Ia berjaya disiapkan bulan ini selepas tertangguh hampir lima tahun disebabkan beberapa isu di luar kawalan pihak pentadbiran.

“Penyusunan semula koleksi dan artifak antara faktor kelewatan projek ini yang memerlukan ketelitian tinggi,” katanya pada sidang akhbar pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah hari ini.

Jelas beliau, muzium itu akan mempamerkan lebih 1,000 bahan termasuk artifak, diorama, model dan replika merangkumi aspek sejarah, kebudayaan dan warisan.

Katanya, terdapat 800 spesimen berkaitan alam semula jadi khususnya di Selangor.

“Naik taraf ‘Muzium Negeri’ melibatkan tiga galeri utama iaitu Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan dan Galeri Alam Semula Jadi.

“Pembukaannya secara langsung akan menggalakkan sektor Pelancongan dengan muzium yang telah dibangunkan lebih 36 tahun lalu tersebut adalah satu ikon pelancongan dan warisan utama di Shah Alam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI