SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan ringgan apabila kereta yang dia pandu terjunam ke dalam longkang di Jalan SS14 di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 11.20 pagi.
“Siasatan awal mendapati mangsa hendak keluar dari parkir rumah anaknya secara mengundur.
“Namun mangsa dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya sehingga terbabas lalu terjunam ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata, mangsa yang berusia 87 tahun cedera ringan di bahagian dahi dan diselamatkan orang awam yang berada di lokasi. – KOSMO! ONLINE