fbpx

Titah Adendum: Tidak wajar ‘gag order’, hanya urus dengan telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) merasmikan MBAS Mobile Apps di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kebebasan bersuara rakyat termasuk bagi membincangkan isu berkaitan permohonan semakan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum tidak wajar disekat, sebaliknya perlu diurus dengan telus dan berintegriti.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau melihat tiada keperluan untuk membuat permohonan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu tersebut.

“Jangan sampai ke situ (larangan bersuara Titah Adendum), kita urus dengan telus, berintegriti dan tiada apa yang nak dibimbangkan sampai nak halang orang.

“Ini bukan negara komunis, ini negara demokrasi. Saya rasa negara komunis pun tidak buat sampai macam itu. Tiada keperluan kerana ini dunia moden, zaman moden apa nak sekat-sekat orang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan MBAS Mobile Apps di sini hari ini.

Kata beliau, sekiranya ada individu yang melanggar hak kebebasan bersuara yang diberikan, tindakan boleh dikenakan ke atas individu terbabit mengikut kesalahan dilakukan.

“Kalau salah, boleh ambil tindakan atas kesalahan dia, bukan sekat kebebasan orang,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada perbuatan itu boleh menjurus kepada kesalahan menghasut, beliau berkata, perkara itu sudah diketahui umum.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI