fbpx

Syarat BMI PDRM diterima baik anggota – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution Ismail melakukakan lawatan untuk meninjau persiapan sempena AISSE'25 diPICC, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat syarat indeks jisim badan (BMI) bagi pengesahan pangkat ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diterima baik anggota keselamatan itu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat BMI adalah cerminan kepada kecergasan seseorang anggota dan mereka perlu memastikan mempunyai BMI kurang daripada 28 bagi melayakkan disahkan kenaikan pangkat.

“BMI menjadi antara syarat itu kerana sebagai pasukan penguasa undang-undang terbesar, kercergasan dan disiplin adalah menjadi keutamaan polis di samping kepakaran profesional lain.

“Syarat BMI itu akan memberi persaingan positif kepada anggota dan pegawai polis untuk mencapai pengesahan kenaikan mereka,” katanya selepas meninjau persiapan penganjuran The Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Katanya, berdasarkan pengalamannya, beliau sendiri pernah bertemu dengan anggota dan pegawai polis yang sanggup menaiki tangga untuk ke pejabat tanpa menggunakan lif bagi meningkatkan stamina.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, anggota polis kini perlu memenuhi syarat mempunyai BMI kurang daripada 28 bagi menikmati kenaikan pangkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI