fbpx

‘Sisa kemusnahan tidak dapat dibayangkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan penduduk Palestin kembali ke kem pelarian Jabalia yang musnah akibat perang di utara Semenanjung Gaza hari ini. - AFP

BANDAR GAZA – Jalan-jalan Gaza yang musnah bergema dengan laungan kemenangan ketika beribu-ribu penduduk dari wilayah utara dan selatan memulakan perjalanan pulang ke rumah mereka yang musnah dilanda perang, lapor akhbar The National.

Beberapa penduduk kem Jabalia di utara Gaza yang dikepung askar Israel sejak Oktober 2023 enggan menunggu lebih lama dan mula bergerak pulang ke rumah mereka pada awal pagi ini.

Ragheb Masoud, 41, adalah antara yang terdesak untuk kembali ke rumahnya. 

“Apabila pagi menjelma, rasa tidak sabar bertambah dan orang ramai mara ke kem serta kawasan sekitarnya.

“Kemusnahan tidak terkata, jalanan dipenuhi runtuhan, mayat bergelimpangan dan tiada apa-apa lagi yang masih berdiri teguh,” katanya.

Saksi-saksi berkata, jalan-jalan di Jabalia dipenuhi runtuhan dan kemusnahan, dengan bau mayat reput memasuki rongga hidung kerana ramai yang mati terperangkap di bawah serpihan. 

Beberapa yang lain mereput di jalanan.

Gencatan senjata menawarkan harapan yang rapuh bagi penduduk Gaza tetapi jalan menuju ke arah pemulihan adalah suram dan dipenuhi dengan sisa-sisa kemusnahan yang tidak dapat dibayangkan.

“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas ini atau bagaimana untuk membina semula hidup saya. Kemusnahan itu melebihi apa yang boleh dibayangkan oleh fikiran manusia,” kata Fawzi Abu Rukbah, 44.

“Sisa-sisa kemusnahan ada di mana-mana, tiada rumah yang tinggal di utara.

“Ini adalah realiti untuk kami semua,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI