fbpx

Penduduk Gaza siap kemas barang mahu pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK lelaki berlari sambil mengibarkan bendera Palestin di Bureij, tengah Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza mula mengemas barangan milik mereka untuk pulang ke kawasan kejiranan masing-masing ketika menanti perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pagi ini, lapor saluran berita Al Jazeera. 

Perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas yang sudah lama dinantikan itu dijangka bermula pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan). 

Seorang penduduk di Bandar Gaza, Souad Warshaga yang berasal dari utara enklaf itu berkata, dia berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kawasan kejiranannya.

“Kami menyiapkan barangan dan bersiap sedia untuk pulang ke kawasan kejiranan asal yang sangat dirindukan. 

“Kami tidak sabar menanti esok (pagi ini) apabila gencatan senjata mula berkuat kuasa. Saya mahu menjadi yang pertama meninggalkan kawasan ini dan pulang ke rumah,” katanya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaimanapun memberi amaran bahawa perjanjian gencatan senjata itu mungkin bersifat sementara. 

“Israel mendapat sokongan daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) semasa dan akan datang untuk meneruskan pertempuran di Gaza jika rundingan fasa kedua tidak berjalan mengikut rancangan,” kata Netanyahu. 

Sementara itu, kira-kira tiga tebusan Israel dan 95 banduan Palestin akan dibebaskan hari ini, dengan lebih banyak pertukaran menyusul dalam beberapa minggu akan datang.

Wartawan Al Jazeera melaporkan, kenderaan tentera Israel mula berundur dari bandar selatan Semenanjung Gaza, Rafah.

Askar Rejim Zionis turut mula berundur dari Koridor Philadelphia di sepanjang sempadan selatan Gaza dengan Mesir. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI