fbpx

Pemadam akan berwajah baru, sasar peranan lebih berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar ketika mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Pemadam Kebangsan di Ibu Pejabat Pemadam di Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Foto FACEBOOK SHAMSUL ANUAR

PETALING JAYA – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), yang telah berusia lebih 49 tahun sejak penubuhannya pada 1976, bakal diberi nafas baharu bagi memastikan ia terus relevan dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, penilaian semula terhadap hala tuju, fungsi dan peranan organisasi itu akan dilakukan agar selari dengan usaha kerajaan serta jabatan dan agensi berkaitan.

“Keadaan sudah berbeza dan cabaran pasti tidak sama lagi, Pemadam mesti diberikan nafas baru dengan membawa pendekatan serta strategi baru.

“Maka tokoh berpengalaman, profesional dan generasi muda perlu diganding bersama dalam Pemadam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pemadam di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah akan disusun semula supaya dapat memainkan peranan lebih di persekitaran yang semakin berubah.

Menurut beliau, isu utama yang dihadapi oleh Pemadam adalah kekangan kewangan, namun langkah penambahbaikan akan dilakukan untuk menjadikan organisasi itu penting dan berpengaruh semula.

“Melalui pendekatan inilah saya berkeyakinan bantuan dana daripada kerajaan akan disalurkan.

“(Ini) apabila Pemadam dilihat kembali menjadi sebuah organisasi berpengaruh, penting serta diperlukan oleh kerajaan dalam usaha bersama membasmi isu dadah di Malaysia,” ujarnya.

Shamsul Anuar menegaskan bahawa beliau tidak akan menumpukan perhatian kepada masalah lampau Pemadam.

Sebaliknya, beliau lebih fokus kepada usaha memperkukuhkan kembali organisasi itu demi kebaikan rakyat, negara dan kumpulan sasar utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI