BINTULU – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan yang serius selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong yang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kira-kira pukul 8.05 malam tadi mendapati, mangsa berusia 42 tahun itu masih sedar dan boleh bergerak.
“Pihak bomba hanya membantu menurunkan mangsa dari atas bumbung tingkat satu flat terbabit dan dia diserahkan kepada paramedik dari Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE