fbpx

Masih ulangi kesilapan sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah terpaksa akur perjalanan mereka di Terbuka India terhenti di separuh akhir apabila tewas berdepan gandingan Korea Selatan.

BEREGU wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah kempunan untuk melangkah ke final pertama mereka musim ini selepas terkandas di separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi semalam, pasangan No. 7 dunia itu akur dengan kekalahan straight set 18-21, 18-21 kepada beregu Korea Selatan, Kim Hye- jeong-Kong Hee-yong.

Pearly tanpa berselindung mengakui, dia dan Thinaah masih berdepan masalah untuk mengekalkan rentak konsisten dalam gelanggang selain kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang menguntungkan pihak lawan.

“Hari ini (semalam) masalah sama masih ada, iaitu tidak konsisten selain tergesa-gesa untuk mematikan permainan lawan. Ini adalah kesilapan yang berulang, jadi kami perlu memperbaiki perkara ini.

“Selain itu, mereka juga bermain lebih baik daripada kami tetapi kami juga sudah melakukan tugas dengan sebaiknya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, semangat juang ditampilkan Pearly juga wajar dipuji apabila masih meneruskan permainan meskipun berdepan kesakitan di pergelangan tangan kiri ketika ketinggalan 15-19 di set kedua.

Meskipun gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, namun sekurang-kurangnya mereka dapat memperbaiki pencapaian pada Terbuka Malaysia minggu lalu selepas tersingkir seawal pusingan pertama.

Selepas ini, bekas juara Terbuka Perancis itu akan melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan Indonesia Masters yang bermula esok, namun belum diketahui siapakah lawan mereka di pusingan pertama nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI