fbpx

Mangsa banjir Sabah meningkat 1,054

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 993 mangsa melibatkan 338 keluarga kini ditempatkan di tujuh PPS daerah Pitas. -Foto IHSAN APM

KOTA KINABALU – Seramai 1,054 penduduk daripada 355 keluarga membabit dua daerah di Sabah masih ditempatkan di 10 pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Jumlah berkenaan terus meningkat berbanding petang semalam yang melibatkan 845 penduduk daripada 276 keluarga.

Setakat pukul 11 pagi tadi, Pitas kekal mencatat angka tertinggi iaitu 993 mangsa melibatkan 338 keluarga dan kini ditempatkan di tujuh PPS.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri menerusi kenyataannya memaklumkan Paitan pula mencatatkan bilangan mangsa banjir sama dengan statistik petang tadi seramai 61 mangsa daripada 17 keluarga.

“Semua penduduk terjejas di daerah berkenaan ditempatkan di tiga PPS. Sebanyak 20 kawasan terlibat banjir di Pitas manakala daerah Paitan membabitkan tiga kampung secara keseluruhannya,” menurut kenyataan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI