fbpx

Malaysia akan hantar mereka pulang susulan gencatan senjata – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (gambar) ketika merasmikan Majlis Penutup Pemukiman KKDW 2025 di Teluk Bahang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

TELUK BAHANG – Penghantaran pulang warga Palestin yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akan dilakukan segera susulan gencatan senjata bagi Semenanjung Gaza berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghantaran pulang itu akan diatur oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan dalam tempoh gencatan senjata di Semenanjung Gaza berlangsung.

“Kita berharap dalam tempoh gencatan senjata ini (42 hari), penghantaran pulang pesakit-pesakit yang dibawa dari Gaza yang berada di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) dapat dilakukan.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu dan saya sendiri yang membawa perkara ini, dan kita tidak mahu adanya aksi-aksi demonstrasi di kem berkenaan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup pemukiman KKDW 2025, di sini hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM, namun terdapat beberapa insiden membabitkan rakyat Palestin yang menimbulkan kekecohan selepas mereka di bawa ke WTKL.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan juga menerima permohonan maaf Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, yang menyesali insiden melibatkan rakyat Palestin di negara ini.

“Kita tahu mungkin mereka berada dalam keadaan tekanan, mereka telah lama berada di Malaysia dan telah menjalani rawatan dan mereka mohon untuk pulang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI