fbpx

Lima sukan paling pelik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KITA mungkin biasa dengan sukan seperti bola sepak, badminton, hoki, tenis dan sebagainya, tetapi sebenarnya banyak sukan pelik serta di luar jangkauan fikiran dimainkan di beberapa tempat di dunia. Sukan-sukan pelik ini ada yang tidak asing dengan penduduk tempatan, malahan dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Saban tahun ada sahaja sukan yang di luar kebiasaan ini dicipta untuk memeriahkan suasana dan mengundang gelak tawa. Oleh itu, Cita Rasa pada kali ini menyenaraikan lima jenis sukan pelik dengan ada antaranya bertaraf dunia.

1- Kejar keju

ENGLAND telah mencipta sukan hebat seperti bola sepak, kriket, ragbi, tenis dan skuasy dan kini menambah satu lagi acara iaitu perlumbaan mengejar keju (Cheese Rolling).


Setiap tahun, terdapat perlumbaan yang diadakan di Gloucester, England yang menyaksikan keju sembilan paun dikejar menuruni bukit.Para peserta mesti mengejar keju yang menuruni bukit itu. Orang pertama yang sampai di garisan bawah bersama keju tersebut akan diumumkan pemenang.
Perlumbaan ini sebenarnya sangat mencabar dan mendatangkan kecederaan kerana para peserta perlu berlari dengan laju menuruni bukit yang curam dan tidak rata untuk mengejar keju tersebut.

 

2- Gusti jari kaki

KEJOHANAN Gusti Jari Kaki Dunia bukanlah pertandingan baharu, sejarahnya bermula sejak 1976 apabila dimulakan di sebuah pub di Derbyshire, United Kingdom.


Penduduk berpendapat ia idea yang bagus untuk mengadakan pertandingan gusti jari kaki dengan para peserta mengunci ibu jari kaki dan cuba memaksa kaki lawan ke tanah. Peraturannya sama dengan gusti lengan.

 

3- Tinju catur

TINJU catur adalah sukan yang seperti namanya, menggabungkan catur dan tinju. Pemain perlu bermain pusingan berganti-ganti catur pantas dan tinju sehingga salah seorang menang sama ada dalam disiplin atau apabila lawan menyerah kalah.


Pemain juga boleh menang dengan kalah mati semasa pusingan tinju atau dengan checkmate semasa pusingan catur.
Mereka juga boleh kalah kerana kesuntukan masa. Selain itu, pemain juga boleh kalah kerana melakukan pelbagai pelanggaran peraturan tinju.

 

4- Hoki berbasikal

BAYANGKAN anda perlu mengimbangi badan dengan menaiki basikal dan pada masa sama menghayunkan kayu hoki. Ini adalah salah satu sukan yang pelik di dunia dan melawan ‘hukum’ sebenar permainan hoki.
Sukan hoki berbasikal ini memerlukan lima orang pemain dalam satu pasukan dan tidak memerlukan penjaga gol. Cara permainan itu adalah dengan memastikan bola lawan (biasanya menggunakan bola tenis) keluar dari gawang dengan menggunakan kayu hoki ais.

BPXDHW

Pemain perlu memastikan kedua-dua kaki pada pedal dan tiada sentuhan ofensif dibenarkan antara pemain. Hoki berbasikal ini popular di Perancis dan kini terdapat 50 pasukan sudah berdaftar termasuk
11 di United Kingdom.

 

5- Mencukur bulu biri-biri

DIADAKAN di Stadium Memorial Perang di Masterton, New Zealand sejak 1961, acara empat hari itu bertujuan untuk mengenal pasti pencukur kambing biri-biri terpantas di dunia dengan kemeriahan penonton membuat pertaruhan kepada pemenang.


Acara mencukur bulu biri-biri ini begitu dekat dengan kehidupan penduduk di situ dan pada masa sama turut berlangsung pesta dengan pelbagai juadah makanan dan minuman.
Pertandingan sukan ini diadakan secara meluas di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI