JAKARTA – Seorang lelaki di Jombang, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai selepas menangkap ikan di sebatang jalan berlubang, lapor portal berita Jawa Pos semalam.
Kejadian berlaku di Kampung Watudakon, daerah Kesamben pada Rabu lalu.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pancho_naureen memaparkan lelaki itu menangkap ikan di tengah jalan berlopak menggunakan kedua-dua tangannya.
Dia kemudian meletakkan ikan-ikan tersebut di dalam baldi yang dibawa dari rumah.
“Jalan yang rosak dan tidak digunakan penduduk tempatan menyebabkan banyak ikan hidup di dalam lubang,” kata lelaki itu.
Ketua Jabatan Kerja Raya dan Perancangan Ruang Jombang, Bayu Pancoroadi berkata, pembaikan jalan akan segera dilakukan. – AGENSI