KUCHING – Kampung Sinar Budi Baru Desa Wira menjadi kawasan pertama di daerah ini yang dilanda banjir ekoran hujan lebat tanpa henti sejak malam tadi.
Setakat pukul 10.20 pagi hari ini, tujuh sekeluarga dengan seorang daripadanya adalah orang kelainan upaya (OKU) telah dipindahkan ke dewan futsal berhampiran kawasan berkenaan sementara menunggu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, paras air di kawasan rumah yang terjejas adalah sedalam kira-kira dua kaki.
“Paras air masih naik disebabkan keadaan masih hujan. Di Skim Kuala Lama di Mukah, empat orang mangsa dipindahkan kira-kira pukul 7.11 pagi hari ini apabila rumah mereka turut dinaiki air,” katanya. – KOSMO! ONLINE