fbpx

‘Kejam lanyak OKU, sumbat semua dalam lokap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najwa berharap pelaku yang bertindak memukul lelaki OKU di Chukai, Terengganu baru-baru ini dikenakan hukuman setimpal.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa menyifatkan sekumpulan individu yang memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu baru-baru ini sebagai tidak berperikemanusiaan.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, mangsa tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa malah individu lain tiada hak untuk melakukan sebarang kekerasan terhadapnya.

“Ya Allah, sakit dada tengok video ini. Teringat ayah sendiri.

“Kalau pun pak cik ini salah, kalian semua tiada hak nak pukul, tendang dekat muka, seret dan pijak dia.

“Kejam. Mana ihsan kalian sesama manusia?” katanya dalam Instagram.

Tambah Intan, dia berharap lelaki tersebut mendapat keadilan dan pelaku menerima balasan serta dikenakan tindakan undang-undang.

“Tak mengapa. Allah Maha Adil. Semoga yang pukul pak cik ini semua akan dapat balasan setimpal.

“Sumbat semua dalam lokap. Yang pukul ini semua terpaling hebat.

“Dengan mak cik mulut puaka itu semua sekali, semoga Allah beri balasan pada kalian semua, amin,” ujarnya.

TANGKAP layar luahan Intan Najuwa mengenai insiden membabitkan lelaki bertatus Orang Kelainan Upaya (OKU) baru-baru ini. – INSTAGRAM

Semalam, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki OKU dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai disebabkan rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai.

Rentetan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar mengesahkan tiga lelaki termasuk seorang peniaga ditahan bagi membantu siasatan kes membelasah seorang lelaki OKU.

Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI