fbpx

‘Influencer’ berang ditegur bawa monyet ke medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita bersama dua monyet peliharaannya di medan selera. - TikTok 

JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia mengamuk selepas ditegur berhubung perbuatannya yang membawa dua ekor monyet peliharaan ke pusat beli-belah, lapor portal berita Tribunnews. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok memaparkan Icha Atazen membawa dua monyet tersebut di medan selera sebelum ditegur oleh seorang pengawal keselamatan. 

Gara-gara berang, dia nekad merakam dan menyindir petugas berkenaan. 

“Monyet-monyet ini bersih kerana dirawat oleh doktor pada setiap bulan. 

“Ia juga memakai lampin khas supaya tidak membuang air kecil merata-rata,” kata Icha. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 694,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Medan selera adalah tempat untuk makan,” kata seorang netizen. 

“Buka pusat beli-belah sendiri,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI