fbpx

Gencatan senjata di Gaza bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengibarkan bendera Palestin sambil bersorak ketika mereka kembali ke Rafah di selatan Semenanjung Gaza hari ini selepas gencatan senjata bermula. - AFP

BANDAR GAZA – Perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa selepas ditangguhkan hampir tiga jam, lapor saluran berita Al Jazeera.

Hamas berkata, ia telah menyerahkan nama tiga tawanan Israel untuk dibebaskan oleh kumpulan itu pada hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Ia berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, gencatan senjata tidak akan bermula sehingga Hamas mengeluarkan nama-nama tahanan. 

Hamas menyebut isu teknikal atas kelewatan itu.

Gencatan senjata sepatutnya bermula pada pukul 08.30 pagi (waktu tempatan) tetapi tentera Israel meneruskan serangan di seluruh Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin.

Pejabat Perdana Menteri Israel kemudian mengumumkan bahawa gencatan senjata bermula pada pukul 11.15 pagi (waktu tempatan). –  AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI