fbpx

Gagal seludup PATI, Geng Man Janggut tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan menerusi Op Pintas Som di kebun sawit Sungai Yu, hari ini.

KUALA SELANGOR – Polis berjaya menggagalkan cubaan Geng Man Janggut yang aktif menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan jalan laut menerusi operasi di ladang kelapa sawit di Sungai Yu, di sini, hari ini.

Op Pintas Som kira-kira pukul 5.30 pagi itu dijalankan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran /Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, modus operandi sindiket menggunakan kawasan kebun sawit atau paya berhampiran pantai agar memudahkan pergerakan mereka ke bot utama yang membawa migran ke destinasi yang dituju.

“Hasil soal siasat awal terhadap migran, bayaran yang dikenakan untuk masuk atau keluar ke Malaysia adalah sebanyak RM1,800 hingga RM3,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi terbabit, seramai 22 warga Indonesia berusia antara 22 hingga 49 tahun ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan enam wanita.

Katanya, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Atipsom 2007 manakala tiga lagi lelaki yang berperanan sebagai transporter dan seorang lelaki dipercayai pembantu ‘transporter’ ditahan mengikut Seksyen 26J Akta Atipsom 2007.

“Selain itu, tiga lelaki dan empat wanita ditahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63. Tangkapan di bawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 pula membabitkan lapan lelaki dan dua wanita,” jelasnya

Tambahnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI