fbpx

G57 mahu saman RM1 juta ‘samseng’ belasah lelaki OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video tular beberapa individu memukul lelaki OKU yang dikatakan terlanggar sebuah gerai di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman kelmarin. (Gambar kecil: Zulkarnain)

PETALING JAYA – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) bersedia menyaman dengan nilai RM1 juta terhadap kumpulan individu berkait kes lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai, Terengganu pada kelmarin.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya bersedia menyediakan khidmat guaman secara percuma kepada mangsa tersebut.

“Saman sivil berjumlah RM1 juta adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang agar kes ini dapat dijadikan iktibar kepada orang lain untuk tidak mudah mengambil tindakan di luar batas undang-undang.

“Kumpulan peguam G57 akan cuba menghubungi keluarga lelaki OKU tersebut untuk berbincang dan berharap agar mereka bersetuju memulakan proses saman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dengan keras menentang kekejaman askar Israel yang menindas penduduk Palestin.

“Tetapi dalam masa sama layanan diberikan ke atas lelaki OKU tersebut yang meminta air selepas cedera dibelasah bukan sahaja tidak dilayan, sebaliknya ditendang. Jelas menggambarkan perilaku ini hampir serupa dengan kekejaman askar Israel.

“G57 juga bersedia melangsaikan kesemua kerugian peniaga yang terjejas akibat kesilapan dilakukan oleh lelaki tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap agar keluarga mangsa tidak menarik laporan polis walaupun selepas ini usaha memujuk mereka dibuat.

“G57 turut senada dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa tindakan mengheret lelaki OKU tersebut dan memukulnya jelas adalah tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, gara-gara menunggang motosikal di tapak pasar tani sehingga terlanggar sebuah gerai dan menyebabkan makanan jualan terjatuh, seorang lelaki OKU kategori mental cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai.

Dalam insiden pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan dipukul dan diterajang oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan pasar tani terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI