fbpx

Beri maklumat lengkap jika ada isu harga naik – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan di pelancaran projek Kinarut Palm City di Kinarut hari ini.

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa semua pihak memberikan maklumat lengkap sekiranya berlaku sebarang isu kenaikan harga barang bagi memudahkan penguatkuasa melaksanakan pemantauan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya melakukan pemantauan setiap hari dan respon diberikan dalam tempoh satu jam sekiranya terdapat sebarang isu kepenggunaan.

“Kita tidak akan melayan kenyataan yang tiada asasnya. Oleh itu, kementerian mahupun agensi berkaitan memerlukan maklumat penting termasuklah lokasi premis untuk memudahkan pengutkuasa membuat pemeriksaan.

“Saya sendiri akan memastikan kementerian akan memberi respon dalam tempoh satu jam dan tindakan bakal diambil jika kita mengesan sebarang elemen pencatutan,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran projek Kinarut Palm City di Kinarut hari ini.

Armizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meminta kerajaan Sabah melalui agensi atau kementerian berkaitan mengambil langkah serius untuk membantu meringankan beban rakyat dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan asas khususnya ayam segar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI