fbpx

Belanga Ponggal terbesar cipta rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (lapan dari kiri) menghadiri Pesta Ponggal Madani dan Kebudayaan Kadun Batu Uban di Gelugor, petang tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Pulau Pinang melakar sejarah apabila menghasilkan belanga Ponggal terbesar yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang di Gelugor, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pengiktirafan yang diterima menerusi Pesta Ponggal Madani dan Kebudayaan Kadun Batu Uban itu amat membanggakan semua pihak.

Katanya, ahli jawatankuasa berjaya menghasilkan belanga setinggi 17 kaki itu dalam tempoh tiga hari malah 200 kilogram (kg) bunga segar turut digunakan sebagai hiasan.

“Pesta Ponggal bukanlah satu simbolik keagamaan sebaliknya ia disambut sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki dalam kehidupan seharian.

“Sambutan kebudayaan ini menjadi satu signifikasi kepada perpaduan masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang kaum yang turut sama tidak melepaskan peluang untuk meraikannya.

“Selain itu, pelbagai program lain turut sama berlangsung antaranya aktiviti memasak nasi manis (ponggal) secara tradisional menggunakan 300 periuk tanah serta perarakan 21 buah kereta lembu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang tadi.

Pada majlis sama, pelakon dan pelawak veteran, Sathia Periasamy, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Sathiya,61, turut menerima sumbangan Yayasan Amal TYT sebanyak RM10,000 dan RM5,000 daripada bantuan peribadi Kumaresan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI