PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda Sarawak sehingga esok.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song) di Sarawak sehingga esok.
Johor turut menerima amaran serupa di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE