KUCHING – Sarawak hari ini mula dilanda banjir ekoran hujan lebat tanpa henti sejak semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, setakat pukul 3.30 petang ini, enam kawasan di beberapa daerah sudah terjejas.
Katanya di Kuching melibatkan Kampung Sinar Budi Baru, Desa Wira dengan pemindahan membabitkan tujuh orang mangsa dari sebuah keluarga dan juga di Jalan Bunga Kemuning, Matang namun tiada pemindahan mangsa dilakukan.
Di Mukah pula melibatkan Skim Kuala Lama dengan empat orang mangsa dari dua keluarga dipindahkan.
Banjir turut melanda Rumah Panjang (Rh) Anap Jalan Bayong Ulu di Sarikei, Rh. Asson Tembawai di Saratok dan Kampung Menalang Pantu di Sri Aman dengan pasukan bomba di kawasan-kawasan terbabit masih menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terjejas.
Sementara itu, jalan di Kampung Pasir Hulu, Lundu turut dilaporkan terputus oleh aliran air yang deras. – KOSMO! ONLINE