fbpx

[VIDEO] Tayar bas persiaran pula tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tayar belakang sebuah bas persiaran tercabut di sebuah lebuh raya semalam.

PETALING JAYA – Satu rakaman video tayar belakang sebuah bas persiaran tercabut dan hampir terkena kenderaan lain kini tular di media sosial.

Kejadian di sebuah lebuh raya  tersebut dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.

“Ya Allah tayar bas tercabut macam tu je , nasib baik kereta dashcam ni perlahan kalau tidak faham-faham sendiri lah. Lepas satu-satu kejadian tayar ni,” tulis video tersebut yang kini tular di X.

Sebelum ini, nahas ngeri yang mengorbankan tujuh nyawa termasuk lima sekeluarga di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dilaporkan berpunca daripada tayar lori tercabut yang berada di lorong tengah laluan berkenaan.

Kemalangan itu melibatkan lima buah kenderaan termasuk bas persiaran yang membawa 27 penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, lori, treler dan Perodua Bezza.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI