fbpx

Tahun Baharu Cina: Larangan pemanduan kenderaan barangan selama empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui agensinya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Larangan ini berkuat kuasa selama empat hari iaitu pada 27 dan 28 Januari 2025 (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Februari 2025 (selepas perayaan).

MOT dalam kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut dibuat selepas mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” kata MOT.

Tambah MOT, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama larangan ke atas kenderaan barangan bermula 28 Januari sehingga 2 Februari 2025 sepanjang pelaksanaan Op Selamat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Larangan, pihak JPJ akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara menerusi pelaksanaan Op Tahun Baru Cina (TBC) 2025 dan operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” jelas MOT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI