fbpx

‘Sudah dua bulan saya berubat’ – Penyanyi kena gangguan mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKMAN Faiz masih dalam proses penyembuhan akibat terkena gangguan mistik sejak beberapa bulan lalu.

PETALING JAYA – Tiga bulan menderita akibat gangguan mistik, keadaan penyanyi Luqman Faiz kini normal namun masih dalam fasa penyembuhan.

Luqman atau nama penuhnya Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata, hasil rawatan perubatan Islam yang dijalani sejak dua bulan lalu keadaan kesihatannya semakin baik.

“Saya okey sahaja, alhamdulillah. Sudah dua bulan saya berubat. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua.

“Marilah kita sama-sama jauhi sikap hasad dan dengki,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Kepuraanmu itu turut memuat naik video pendek memperlihatkan dia sedang menjalani proses pembersihan diri menggunakan air yang dipercayai sebahagian daripada rawatan perubatan Islam.

Pengalaman itu turut dikongsikan sebagai pengajaran buat masyarakat agar sentiasa berdoa dan menjaga hati daripada hasad dengki.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Luqman untuk terus kuat melawan ujian.

“Semoga Luqman diberi kesembuhan sepenuhnya. Allah ada untuk hamba-Nya,” komen seorang pengikut.

“Semoga semua urusan dipermudahkan. Jangan putus doa,” tulis netizen lain.

“Menakutkan bila dengar cerita begini. Jangan lupa buat solat hajat selalu, insya-Allah gangguan ini akan berakhir,” ujar seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Luqman mendedahkan dia sering menangis tanpa sebab, berasa diperhatikan ketika tidur dan mudah tertekan akibat gangguan dialaminya.

Walaupun mengalami penderitaan selama tiga bulan, Luqman enggan menuduh sesiapa sebagai pelaku sebaliknya memilih untuk memaafkan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI