fbpx

Sang Kenari tekad rempuh ‘roadblock’ PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Victor Andrag lega apabila ramai pemain sudah melaporkan diri pada sesi latihan pasukan ketika ini. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag mengakui pasukan PDRM FC memiliki kelebihan dalam segala aspek menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran malam ini.

Namun, Victor kekal optimis ketika kehadiran pemain untuk menjalani latihan juga semakin baik, sekali gus memberinya lebih pilihan untuk membuat percaturan menjelang perlawanan esok.

“PDRM sebuah pasukan yang cukup komited dengan pemain tempatannya sentiasa memberikan 100 peratus di padang manakala pemain importnya pula jelas berkualiti. Mereka juga tampak memiliki kelebihan dalam aspek kecergasan.

“Di pihak kami, perlu diakui terdapat kekurangan di sana sini dengan kedatangan pemain ke padang latihan juga tidak menentu. Tetapi saya yakin jika para pemain dapat menunjukkan keyakinan diri, kesungguhan dan karakter yang betul, tak mustahil untuk kita mengatasi PDRM di tempat lawan dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Tambahnya, isu kecederaan yang melanda para pemain juga masih belum selesai termasuk melibatkan dua penyerang harapan iaitu Syafiq Ahmad dan Ebenzer Assifuah.

“Kedua-dua mereka selain pemain tengah, Halim Shaari masih menjalani rawatan. Seperti sebelum ini, saya hanya dapat mengesahkan kesebelasan utama pada detik-detik terakhir sebelum perlawanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN